Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

pemantauan dapat membantu untuk mengurangkan impak pada masa akan datang(EIA)

♠ Posted by amsran in , at 12:51 PG
IMPAK PEMBANGUNAN
mampu ke kera ini bertahan jika terlalu banyak perubahan alam sekitar daripada aktiviti pembangunan yang tidak dirancang???



DEFINISI


Langkah-langkah yang boleh dijangka untuk mengelak, mengurangkan atau sekiranya boleh memperbaiki impak buruk yang signifikan.termasuk menghadkan tindakan yang dicadangkan, memperbaiki, memulihara persekitar yang terjejas mengantikan atau menyediakan pengganti kepada alam sekitar yang terjejas pengukuran parameter alam sekitar yang dibuat berulang kali di tempat dan masa tertentu


SEJAUHMANA PEMANTAUAN PENTING??

memastikan pematuhan kepada pelbagai syarat dan piawai yang ditetapkan dalam pemberian permit dan perjanjian kontrak pemantauan dijalankan untuk mengawal kesan alam sekitar semasa pelaksanaan projek pembangunan bg tujuan penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dijalankan utk memperbaik pelbagai aspek perancangan dan perngurusan projek pmbangunan serta memperbaik teori dan amalan EIA pemantauan dilaksanakan utk meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap ciri-ciri keselamatan dan manfaat sesuatu projek pembangunan terutama jika projek berkenaan menjadi isu di kalangan masyarakat. pemantauan memberi bukti jika berlaku perubahan kepada faktor-faktor alam sekitar akibat projek pembangunan. Oleh itu, pemantauan sangat penting sebagai pemberi amaran kepada pengusaha dan agensi penguatkuasa tentang kewujudan masalah alam sekitar. pemantauan turut menunjukkan status alam sekitar semasa dan trend kualiti alam sekitar.

Burton (1980) 

1.Memahami pelbagai proses alam sekitar
2.Memberi amaran awal tentang kemungkinan berlaku masalah alam sekitar
3.Membantu mengoptimum kegunaan sumber boleh diperbaharui sumber tidak boleh diperbaharui
4.Membantu program penguatkuasaan dengan menyediakan maklumat alam sekitar yang jitu terutamanya jika melibatkan tindakan perundangan di mahkamah
5.Mengenalpasti aktiviti yang gagal mematuhi piawai kualiti alam sekitar


Sors (1984)

1.Mengetahui keadaan alam sekitar semasa
2.Mengenalpasti trend kualiti alam sekitar
3.Memahami fenomena
4.Menguji dan mengesahkan model
5.Membuat ramalan jangka pendek
6.Mengoptimumkan kegunaan dan keberkesanan kos program pemeliharaan alam sekitar
7.Kawalan pencemaran


APAKAH KELEMAHAN ; ISU YG WUJUD??


ISU-ISU PROSEDUR DAN PENTADBIRAN BERKAITAN PROSES PEMANTAUAN



peruntukan kewangan terhad telah membataskan program susulan

pihak yang terlibat dalam pemantauan tidak memahami tanggungjawab masing-masing

 kelemahan penyelarasan antara pelbagai agensi

kualiti laporan EIA yg kurang memuaskan membataskan proses pemantauan

 tumpuan pemantauan adalah terhadap pengurusan kesan alam sekitar, bukan pemantauan jangka panjang

kurang penyertaan awam

perubahan reka bentuk projek


Contoh Kajian Kes:


Projek dapat Mengurangkan Impak


Syarat penting keberkesanan program pemantauan mesti mempunyai rancangan pengurusan alam sekitar yang lengkap.
Cth: Projek pembinaan stesen janakuasa elektrik 1303 megawatt di pesisir pantai pantai Selat Melaka di Daerah Manjung Perak (SJK). Kejayaan program pemantauan SJK banyak bergantung kepada rancangan pengurusan alam sekitarnya yang lengkap dan terperinci yang dijadikan panduan oleh kontraktor projek yang ditanggungjawabkan melaksanakan pemantauan.


Program pemantauan perlu proaktif dan reaktif
Cth: projek bandar peranginan Tasik Bukit Merah (TBM) walaupun tidak menyediakan Rancangan Pengurusan alam sekitar secara terperinci dan program pemantauannya tidak mengikuti sepenuhnya Syarat Kelulusan laporan EIA, namun terbukti program pemantauannya yang proktif dan reaktif mampu mengenalpasti tanda-tanda kemusnahan kualiti air pada peringkat awal dan seterusnya mengambil langkah kawalan yang sesuai.


Kontraktor projek memainkan peranan penting dalam memastikan operasi projek mematuhi Syarat Kelulusan laporan EIA.
Cth: Pencadang projek SJK dan TBM memasukkan syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang berkaitan sebagai sebahagian daripada perjanjian kontrak antara mereka dengan kontraktor. Kontraktor terpaksa memastikan kerja tanah dan pembinaan tidak melanggar Syarat Kelulusan.

Tekanan luaran menjadi faktor penting menentukan keberkesanan sistem EIA termasuk peringkat pemantauan. Agensi Kerajaan memainkan peranan penting.
Cth: Program pemantauan untuk projek TBM diawasi rapi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Lembaga Air Perak, dan GSL Sdn.Bhd. iaitu syarikat yang mengendalikan loji pembersihan air berhampiran Tasik Bukit Merah. Malah, satu jawatankuasa peringkat negeri ditubuhkan bagi mengawasi perancangan, reka bentuk, dan pelaksanaan projek tersebut.

Program pemantauan projek SJK diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan.

Projek Tidak dapat mengurangkan impak
Rancangan pengurusan alam sekitar yang disediakan pada peringkat awal dan dilaksanakan sebaik sahaja projek dimulakan.
Cth: projek pembangunan padang golf dan tempat peranginan MagicHill, di Bukit Fraser (MHD) menghadapi masalah pematuhan syarat kerana program pemantauan hanya dimulakan setelah projek menghadapi masalah hakisan yang serius. Jika pengawasan dimulakan lebih awal, langkah-langkah kawalan boleh dilaksanakan sebelum keadaan sukar dikawal.

Sebagai kesimpulan, pemantauan merupakan langkah susulan yang dilaksanakan untuk beberapa tujuan utama.

Pemantauan sangat penting dalam EIA, namun proses pemantauan ini sering diabaikan dalam perlaksanaannya atas sebab2 tertentu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS