Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Buku Yang harus Dibaca " Ahmadinejad Singa Baru"

♠ Posted by amsran

Buku ini adalah hasil penyelidikan empat orang wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Iaitu, Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfin Hamzah. Dipersembahkan dengan bahasa yang mudah dan popular, buku ini membawa pembaca mengenai singa baru dunia islam abad ini dengan lebih dekat. Dapatkan buku ini, di pasaran kerana buku ini menceritakan Pendirian Ahmadinejad dalam mentabir kerajaan islam baru selepas kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq.



Ahmadinejad


"sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami boleh juga menggunakannya?"


Siapakah pemimpin negara islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?

Siapakah pemimpin negara islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?

Siapakah pemimpin negara islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?

Selepas tragedi 11 september yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, duania islam seoleh-oleh' tunduk dan patuh' kepada kuasa barat. Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Repulbik Islam Iran pada 3 ogos 2005. dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin islam yang disegani di seluruh dunia.

Oleh: Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim, Alfin Hamzah

Terbitan: PTS Islamika, PTS Publication & Distributor SDH. BHD. 2008

Dicetak oleh Pencetak Zafar Sdn. Bhd.

DAPATKAN BUKU INI!!!!!



RANDOM POSTS