Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

wang poket raya

♠ Posted by amsran in
Yes!! syukur adalah juga sikit wang poket raya ni apa bila diumumkan bahawa pertengahan bulan ini wang bonus masuk. boleh lah membeli cincin emas hujung minggu ni. untuk apa itu rahsia KERAJAAN..ha.

wang poket

[Bonus bagi kakitangan awam kerajaan 2011 dimana pembayaran gaji setengah bulan sebelum perayaan hari raya pada tahun ni. Bonus daripada kerajaan merupakan berita yang menggembirakan bagi semua warga penjawat awam khusus nya bagi mereka yang akan merayakan sambutan hari raya aidilfitri 2011. Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan bonus gaji setengah bulan kepada semua kakitangan awam pada pertengahan bulan ogos ni. Pesara kerajaan juga turut mendapat bayaran khas sebanyak rm500.
Perdana menteri juga menunjukkan rasa prihatin terhadap rakyat yang ingin menyambut suasana aidilfitri dengan meriahnya. Pada masa yang sama, najib juga menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.]

apa pun hati tak sabar nak sambut hari raya ni.. kononlah.. sebenarnya tahun ini ...dua dalam satu yang membuatkan tak sabar nak habis bulan puasa ni.. haa .. pertama nak sabut raya dan kedua raya nilah saya nak kawin ... dengan si dia.. tulah yang membuatkan hati tak sabar nak menghabiskan puasa sebulan.. sabar.. lambatnya..he

RANDOM POSTS