Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

CONTOH RESUME MOHON JAWATAN KOSONG

♠ Posted by amsran in , at 2:11 PTG

contoh resume mohon kerja
contoh surat


CONTOH SURAT IRINGAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI SYARIKAT  ROTI BAKAR


Amran Bin Sanuin
Peti Surat 007
Jalan Lawa
89808 Beaufort
Sabah
019-1234567
26  Mac 2012


Omar Bin Bakri
Bahagian Pengurusan Pentadbiran
Syarikat Roti Bakar
Jalan Tepi Laut
58000 Kota Kinablu, Sabah

Tuan,

Berdasarkan maklumat di atas, saya, Amran Bin Sanuin berminat untuk memohon jawatan Pegawai Tadbir Syarikat Roti Bakar, seperti yang di iklankan dalam Utusan Borneo pada 19 Mac 2012.
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya adalah antara pembeli setia roti kluaran Syrikat Roti Bakar. Saya mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman pentadbiran yang sesuai dengan kedudukan yang tuan mahukan, termasuk:
•Memiliki kelayakan pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian di Universiti Malaysia Sabah dan mendapat 4.00 PNGK.
• Pengalaman dengan pelbagai perisian komputer pejabat termasuk Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint, dan keupayaan untuk belajar sesuatu perisian baru dengan cepat dan berkeyakinan.
• Keupayaan memberi perhatian yang sempurna dan kemampuan untuk menyelesaikan tugas-tugas dengan cepat dan cekap.
• Pengalaman bekerja dalam persekitaran pejabat yang di perolehi melalui program-program Badan Perwakilan Pelajar Universiti contohnya, memimpin kumpulan, pengurusan fail, menaip surat, menyiapkan jadual tugasan, dan menguruskan kewangan.
• Keupayaan untuk mempelajari tugas baru dan menyesuaikan diri kepada pelbagai situasi kerja.
Saya berasa begitu gembira untuk menawarkan kemahiran dan kebolehan saya ini untuk syarikat roti ini malah sebagai pembeli setia. Saya yakin bahawa saya akan mampu untuk mempertingkatkan produktiviti perniagaan pihak tuan melalui setiap aspek kerja dan tugas yang saya jalankan.
Di sertakan di sini adalah resume saya untuk semakan pihak tuan. Saya percaya bahawa saya adalah seorang calon yang sangat sesuai untuk jawatan ini dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan tuan untuk membincangkan kedudukan ini dengan lebih lanjut.

Yang benar

Amran Sanuin




CONTOH RESUME MOHON JAWATAN KOSONG 

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS