Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

kesan simbahan asid

♠ Posted by amsran in at 11:39 PG
mangsa simbahan asid
kesan simbahan asid
Beginilah keadaan Mohd. Fazil Hanafi apa bila terkena sinaran matahari semua ini bermula daripada kesan simbahan asid.

Mangsa simbahan asid, Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, kini terpaksa menempuh hidup baharu yang jauh berbeza daripada orang lain apabila dia terpaksa mengelak sinaran cahaya matahari selama dua tahun jika mahu cepat pulih. Akibat kejadian pada 19 Februari lalu, Mohd. Fazil yang kini menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Rabu ini mengalami luka dan parut di sebahagian besar muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki serta badan.
Dalam tempoh dua tahun akan datang ini, dia terpaksa memakai pakaian tebal dan menutupi kepalanya untuk melindungi kulit daripada bahang matahari. Mohd. Fazil berkata, doktor yang merawatnya menetapkan pantang larang itu memandangkan kulitnya yang telah rosak kini amat sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti. "Saya tidak tahu bagaimana harus saya lalui tempoh dua tahun ini dan saya sangat berharap luka dan kesan parut ini dapat segera sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Merchang dekat sini, semalam.

mangsa simbahan asid
kesan simbahan asid
Dalam kejadian 19 Februari lalu, dia bersama rakannya yang juga nelayan, Shahurzaman Salim, 38, melecur disimbah cecair, dipercayai asid dalam satu insiden awal pagi di Kampung Padang Merchang. Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika kedua-dua sahabat itu nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Akibat simbahan itu, Mohd. Fazil melecur di sebahagian besar tubuh manakala Shahurzaman cedera di muka serta mata.Polis menahan tiga suspek untuk membantu siasatan iaitu dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun pada hari kejadian manakala suspek ketiga yang berusia 26 tahun ditangkap sehari kemudian. Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman. Selain terpaksa mengelak cahaya matahari, Mohd. Fazil juga mungkin perlu memakai sarung tangan tekanan dan mungkin juga topeng tekanan bagi memastikan kesan parutnya tidak timbul.

Mengenangkan penderitaan yang terpaksa dihadapi, mangsa mempunyai sebab untuk tidak memaafkan suspek kejadian itu. "Saya tidak tahu apa motif orang itu tetapi saya tidak akan memaafkan dia atas apa yang dilakukan pada saya," katanya lagi. Jelasnya, akibat kejadian itu, dia terpaksa dirawat kira-kira tiga minggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala bagi memastikan kesan lukanya pulih.

mangsa simbahan asid
kesan simbahan asid
Keadaan mohd. Fazil semasa dirawat di hospital selepas di simba asid

Sementara itu, ibunya, Zaleha Ishak, 48, berkata, walaupun pihak hospital membenarkan anaknya itu pulang awal, dia masih perlu menjalani rawatan susulan dua kali seminggu.

p/s  : kesian adik Mohd. Fazil  terpaksa menderita akibat kesan daripada simbahan asid. apalah sekarang ni  simba-simba asid ni sudah menjadi trend.. seluruh dunia.. menurut beberapa sumber banyak kes simba    asid ni belaku di seluruh dunia..

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS