Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Lelaki takut diperkosa wanita

♠ Posted by amsran in
dirogol wanita

LUAR NEGARA di MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol. Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
 
"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun. Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu. Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009. Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki. Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28. "Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena. "Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam." Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda. "Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya. Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu. Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks. Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut. Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya. Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe. "Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero. Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

p/s : kalau di Malaysia ni ada mcm ni apa jadi?????

Wanita cedera diragut

♠ Posted by amsran in

RAGUT DI JEMPOL - Seorang wanita yang cedera akibat terjatuh dari motosikalnya bertindak nekad mengejar dua peragut yang melarikan beg tangannya berisi wang tunai RM1,200, dokumen dan telefon bimbit di Felda Palong Empat di sini kelmarin.

mangsa ragut
mangsa ragut
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, Inche Aminah Ismail, 47, patah gigi serta cedera di kaki dan tangan selepas motosikalnya dihimpit dua pemuda yang memakai topi keledar. "Sebelum kejadian itu, saya mengeluarkan wang sebanyak RM800 di pejabat pos. Salah seorang daripada pemuda itu kemudian merampas beg tangan di dalam raga motosikal saya," katanya di sini semalam.

Ujarnya, walaupun cedera, dia bangun lantas berlari mengejar kedua-dua suspek sejauh beberapa meter sebelum meminta bantuan orang ramai. "Saya dihantar ke klinik untuk rawatan dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Rompin," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang getah di sini. Ujarnya, polis memberitahu beg tangannya telah ditemui di kawasan kebun getah di sini tetapi wang RM1,200 dan telefon lesap. 

P/S; peragut ni bila dah tertangkap baru menyesal dah kena belasah org awam sehingga mandi darah kesihan pula... tapi dorang ni tak sedar2 dan serik...tak tahu dah nak buat mcm mana...

Janda muda disamun dan dirogol

♠ Posted by amsran in
samun dan rogol
gambar hiasan

Nasib seorang ibu yang ingin mencari hidup baru dan kerja baru berubah di Kuala Lumpur - Seorang janda anak satu yang berhasrat untuk memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan suaminya ditimpa malang apabila dia bukan sahaja disamun, malah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki di kawasan Bukit Raja, Klang, Selangor kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu berlaku apabila janda muda berusia 20 tahun itu didatangi oleh dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum mengarahkannya menyerahkan telefon bimbit dan wang RM150. Suspek kemudian membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari kawasan dia disamun sebelum dirogol.
Sumber memberitahu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja. "Wanita tersebut yang telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini tinggal di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan datang ke rumah saudaranya di kawasan tersebut untuk memulakan hidup baharu sejak dua minggu lalu," katanya.

P/S :  berhati-hatilah sekarang ni semua orang tak boleh di percayai, kalau boleh wanita , gadis remaja janganlah berjalan bersendirian, kalau terpaksa pun ikutlah atau sentiasa berada di kawasan yang ramai orang kerana sekurang-kurangnya ada yang membantu dan penjenayah ni tak berani di kawasan yang ramai orang. apa nak jadi manusia sekarang ni.....

hilang lepas direntap

♠ Posted by amsran in
orang hilang
Macam-macam kes jenayah sekarang baru sahaja reda kejadian heboh culik, bunuh dan bakar belaku lagi benda yang sama di Kuantan – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.

Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari. Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.“Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.

“Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap,” ceritanya ketika ditemui semalam. Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah. Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari.- kosmo

P/S : kesihan keluarga magsa... sentiasa risau memikirkan nasib dan keadaan anak nya itu.. moga-moga Adik Fatihah selamat dan tidak di apa-apakan..

Anjing serang budak 7 tahun

♠ Posted by amsran in
sampah bertukar menjadi barang bernilaiBaru sahaja sahabat saya 1 ofice excident terlanggar anjing yang berkeliaran di kawasan bandar .. kali ini di berita daripada Seberang Perai seekor anjing dikatakan menyerang seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun di Bandar Perda di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang ketika Dhiya Qairina sedang bermain basikal bersama kawan-kawanya di kawasan rumahnya apabila seekor anjing tiba-tiba muncul dari rumah berhampiran dan menyerang mereka. Ditanya pemberita di Hospital KPJ di sini hari ini, dia berkata, anjing itu sangat garang dan menerkamnya sehingga menyebabkan dia terjatuh.
"Saya sangat takut dan menjerit memanggil ibu dan bapa saya kejar anjing itu,” katanya Bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, beliau membaling basikal anaknya ke arah anjing itu, sebelum anjing itu melepaskan anaknya. "Kami segera membawa Dhiya ke hospital dan dinasihat dimasukkan ke wad dan perlu dibedah akibat kecederaan di belakngnya,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu.—kosmo..


P/S: minta lah tuan-tuan pemilik anjing ni ikat dan kurunglah anjing..silap hari bulan boleh di dakwa...tengoklah beginilah hasilnya... bukan sahaja telah mencedera kan kanak-kanak... anjing yang berkeliara ini juga merbahaya kepada pemandu kenderaan sama ada motorsikal atau pun kereta... anjing ini menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan... bertindaklah sebelum terlambat.... dan bukan sahaja anjing... semua haiwan ternakan... kambinag, ayam, kerbau dan lembu... main suka hati saja lepas di jalan raya.. ingat jalan raya ni reban dan kandang kamu orang ke!!!... dahlah buang tahi merata-rata.. makan kebun orang...jualan nanti/sembelih nanti tak nak bagi-bagi dgn kita orang pun...hee

sampah bertukar menjadi barang bernilai

sampah bertukar menjadi barang bernilai
Tembok-tembok yang di bina daripada bekas botol air, sempena krisis air dunia

sampah bertukar menjadi barang bernilai
hasil karya daripada benang dan pelastik buangan

sampah bertukar menjadi barang bernilai
Lisbon, Portugal,  tiang-tiang bercahaya diperbuat daripada sampah beg pelastik

sampah bertukar menjadi barang bernilai
bangku buatan tangan ini di perbuat daripada bahan-bahan buangan barang eletrik.


sampah bertukar menjadi barang bernilai
Hasil karya daripada lumut oleh Pereka grafik Belgium Strook

sampah bertukar menjadi barang bernilai
 bekas-bekas kaca yang bersinar hasil karya Seni Sepanyol Luzinterruptus

sampah bertukar menjadi barang bernilai
 kreatif bahan buang menjadi menara pokok

sampah bertukar menjadi barang bernilai
Papan induk komputer dikitar semula dan bahagian-bahagian elektrikal telah ditukar
menjadi keseluruhan benua satu dalam peta hasil karya Susan Stockwell Amerika

sampah bertukar menjadi barang bernilai
 seniman Stacy Levy telah mewujudkan satu pemasangan dinamik dalam bandar raya Philadelphi. seni Glob-glob gelas mengandungi pelbagai jenis minyak sayur-sayuran.

sampah bertukar menjadi barang bernilai
 Pengukir Perancis TieR menghasilkan redia daripada tin-tin arosol.. unik bukan.



P/s : menarik bukan kalau macam ni.. kejab lagi nak bongkar tong sampah... 
nak buat hasil seni daripada bahan buangan.. haa

kesan simbahan asid

♠ Posted by amsran in
mangsa simbahan asid
kesan simbahan asid
Beginilah keadaan Mohd. Fazil Hanafi apa bila terkena sinaran matahari semua ini bermula daripada kesan simbahan asid.

Mangsa simbahan asid, Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, kini terpaksa menempuh hidup baharu yang jauh berbeza daripada orang lain apabila dia terpaksa mengelak sinaran cahaya matahari selama dua tahun jika mahu cepat pulih. Akibat kejadian pada 19 Februari lalu, Mohd. Fazil yang kini menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Rabu ini mengalami luka dan parut di sebahagian besar muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki serta badan.
Dalam tempoh dua tahun akan datang ini, dia terpaksa memakai pakaian tebal dan menutupi kepalanya untuk melindungi kulit daripada bahang matahari. Mohd. Fazil berkata, doktor yang merawatnya menetapkan pantang larang itu memandangkan kulitnya yang telah rosak kini amat sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti. "Saya tidak tahu bagaimana harus saya lalui tempoh dua tahun ini dan saya sangat berharap luka dan kesan parut ini dapat segera sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Merchang dekat sini, semalam.

mangsa simbahan asid
kesan simbahan asid
Dalam kejadian 19 Februari lalu, dia bersama rakannya yang juga nelayan, Shahurzaman Salim, 38, melecur disimbah cecair, dipercayai asid dalam satu insiden awal pagi di Kampung Padang Merchang. Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika kedua-dua sahabat itu nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Akibat simbahan itu, Mohd. Fazil melecur di sebahagian besar tubuh manakala Shahurzaman cedera di muka serta mata.Polis menahan tiga suspek untuk membantu siasatan iaitu dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun pada hari kejadian manakala suspek ketiga yang berusia 26 tahun ditangkap sehari kemudian. Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman. Selain terpaksa mengelak cahaya matahari, Mohd. Fazil juga mungkin perlu memakai sarung tangan tekanan dan mungkin juga topeng tekanan bagi memastikan kesan parutnya tidak timbul.

Mengenangkan penderitaan yang terpaksa dihadapi, mangsa mempunyai sebab untuk tidak memaafkan suspek kejadian itu. "Saya tidak tahu apa motif orang itu tetapi saya tidak akan memaafkan dia atas apa yang dilakukan pada saya," katanya lagi. Jelasnya, akibat kejadian itu, dia terpaksa dirawat kira-kira tiga minggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala bagi memastikan kesan lukanya pulih.

mangsa simbahan asid
kesan simbahan asid
Keadaan mohd. Fazil semasa dirawat di hospital selepas di simba asid

Sementara itu, ibunya, Zaleha Ishak, 48, berkata, walaupun pihak hospital membenarkan anaknya itu pulang awal, dia masih perlu menjalani rawatan susulan dua kali seminggu.

p/s  : kesian adik Mohd. Fazil  terpaksa menderita akibat kesan daripada simbahan asid. apalah sekarang ni  simba-simba asid ni sudah menjadi trend.. seluruh dunia.. menurut beberapa sumber banyak kes simba    asid ni belaku di seluruh dunia..

Ujian tidur sebelum pandu bas dan lori

Ujian tidur sebelum pandu bas dan loriKementerian Kesihatan bercadang mewajibkan semua pemandu kenderaan komersial menjalani ujian tidur bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ujian tersebut akan membantu untuk melihat sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah penyakit tidur yang boleh menimbulkan bahaya kepada diri mereka, para penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan memastikan pemandu sentiasa segar sepanjang pemanduan terutamanya bagi mereka yang memulakan perjalanan di waktu malam. Beliau menambah, pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi mencari alternatif terbaik pelaksanaan ujian itu secepat mungkin. "Ujian ini amat penting kerana pemandu kenderaan tersebut juga membawa penumpang yang ramai dan jika mereka tidak cukup tidur, ia boleh mengancam nyawa. "Selain itu, terdapat beberapa pemandu mengambil dadah bagi meningkatkan tenaga serta kesegaran sepanjang pemanduan walaupun mereka sedar ia sesuatu yang amat berbahaya dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tidur Sedunia 2012 di sini semalam.

Tiong Lai turut memaklumkan bahawa kementeriannya juga bercadang membuka lebih banyak Makmal Tidur di hospital-hospital kerajaan sebagai pusat rawatan untuk mereka yang menghadapi masalah tidur. "Kini ada 20 buah makmal tersebut di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara dan jumlah ini akan ditambah mengikut keperluan," katanya.


SUMBER: KOSMO

RANDOM POSTS