Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Baju kurung Kanak-kanak

♠ Posted by amsran in ,, at 11:27 PTG

Hari Ibu

Sempena  hari ibu... Diucapkan Selamat Hari Ibu, kepada semua wanita yang bergelar ibu dan  isteri     "TANPAMU SIAPALAH KAMI INI, IBU KAULAH RATU HATI KAMI"  terima kasih tidak terhingga kerana  dari kecil hingga  besar kasih sayangmu tidak berbelah bahagi. 

Baju kurung Kanak-kanak   

Terima kasih juga..  Walau pun kain untuk dibuat baju kurung wife dan anak-anak tidak diterima oleh kedai jahit baju kurung kerana tempahan telah penuh (entry lepas berkaitan) dan tidak berani mengambil tempahan kerana takut-takut  tidak sempat siap sebelum takbir hari raya Aidilfitri pertama. Namun IBU iaitu nenek kepada Nur Alya Adriana  dan Nur Alisha telah awal-awal lagi telah menghantar tempahan  baju kurung kanak-kanak seawal Februari  yang lalu dan kini telah siap walaupun  hari raya Aidilfitri  dijangka pada  Julai nanti. Wah.. Menarik sungguh  design baju kurung Kanak-kanak  hasil tangan Arnie iaitu tukang jahit baju kurung yang berpengalaman menjahit lebih kurang 15 tahun.  Setiap tahun tempahan pada musim perayaan pasti penuh dan kadangkala tidak sempat disiapkan hanya seminggu selepas hari raya Aidilfitri  pertama baru berjaya disiapkan. Boleh dikatakan perniagaan  baju kurung menuntungkan. 
baju kurung kanak-kanak
baju kurung kanak-kanak
baju kurung kanak-kanak
baju kurung kanak-kanak

0 ulasan:

Catat Ulasan

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS