Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

Terbaru 13 Jun 2015 gempa bumi di sabah berukuran 5.1 Richter

♠ Posted by amsran in at 3:49 PTG
Sabah telah ditimpa satu lagi gempa bumi pagi ini 13 Jun 2015, lapan hari selepas kejadian pertama menuntut 18 nyawa.

Menurut sumber Jabatan Kajicuaca Malaysia melaporkan dalam laman Facebooknya gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku pada 2.29 am waktu tempatan, 25 km di luar Kota Belud.

Gegaran dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Dalam gempa bumi sebelumnya, berukuran 6.0, beberapa pelajar Singapura juga terbunuh di Gunung Kinabalu. 
                   
gempa bumi di sabah
gegaran yang di rasai pada jam 2.29 pagi menyebabkan ramai yang terbangun dan meninggalkan rumah masing-masing ke kawasan yang lebih selamat bagi langkah berjaga-jaga

1 ulasan:

  1. mudahan bumi malaysia trs dilindungi n dijauhi drp malapetaka//

    BalasPadam

SILA TINGGALKAN PESANAN ANDA DISINI.. Amsran.Com AKAN DATANG MELAWAT BLOG ANDA

RANDOM POSTS