Blog perkongsian maklumat dan isu semasa terkini

9 sebab cari Side Income


Buat side income tu perlu atau tidak? Bagi yang rasa tidak perlu, Alhamdulillah diucapkan, tapi bagi mereka yang rasa perlu, jom teruskan membaca. Antara 9 sebab buat side income daripada beberapa sumber selain daripada gaji yang kita perolehi daripada kerja yang sedia ada. kebanyakan daripada kita hanya bergantung kepada hanya 1 sumber kewangan kalau tidak pandai bebelanja pastinya tidak mencukup memandangkan  GST sudah pun bermula April lepas, cost of living pun meningkat harga barang juga setiap tahun meningkat dan tidak akan turun, gaji pula lambat naik. Memang pening kepala dibuatnya. Sumber pendapatan sampingan atau side income  terdapat banyak peluang yang ada hanya kita  perlu memilih mana lebih sesuai dan mampu dilaksanakan. Bagi isteri di rumah atau househasband boleh rujuk Rahsia kerja dari rumah sebagai panduan memulakan side income.
sebab Buat Side Income
sekarang 1 sumber pendapatan tidak mencukupi

  9 sebab Buat Side Income 

  1. Mahukan masa untuk berkerja yang lebih bebas dan flexible membolehkan lebih banyak masa bersama keluarga dan aktiviti hobi yang di minati.Tanya kepada semua ibu bapa pasti semua meninginkan masa yang berkualiti dan cukup untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak.
  2. Bebas daripada beban hutang. pinjaman peribadi bulan-bulan bayar, hutang PTPTN masa belajar dulu belum habis bayar, loan rumah, hutang kereta dan barang keperluan rumah.
  3. Hasil gaji sedia ada tidak mencukupi, hujung bulan lepas gaji sahaja setelah tolak bil astro, bil air, bil eletrik, sewa rumah, kereta, minyak kereta, keperluan anak-anak barang dapur, untuk ibu bapa dan sebagainya... baki tinggal berapa?? cukup ke tak cukup?? dengan side income sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos perbelanjaan... lagi-lagi sekarang ni GST 6 % telah dilaksanakan dengan itu bertambah lagi perbelanjaan setiap bulan.
  4. Ada simpanan peribadi dan anak-anak. Bila ada wang simpanan yang mencukupi untuk kegunaan di masa akan datang rasa senang hati, kalau kereta rosak tiba-tiba boleh guna untuk baiki, anak-anak dapat sambung belajar boleh guna wang simpanan mereka yang sedia ada.
  5. Rasa yakin untuk berbelanja bila ada side income yang menguntungkan. Biasanya bila masuk shooping complex nak baju ke! barang apa saja! rasa takut-takut pula duit tidak mencukupi. Dalam hati berkata " tak apalah beli 1 dulu bulan depan 1 lagi "
  6. Dapat membantu keluarga terutama ibu bapa. Apabila ada duit yang mencukupi boleh hantar ibubapa untuk mengerjakan umrah setiap tahun dan haji. Selain itu, boleh bantu  ibubapa kita yang tidak sihat memerlukan rawatan kesihatan.
  7. Dapat kumpul duit  khawin. Untuk yang belum kahwin boleh cari side income.. insyallah kalau tiada arah melintang kahwin dalam masa terdekat..hee. harap kumpul duit gaji untuk kahwin alamat tunggu 5 tahun lagi.. cara singkat buat loan peribadi.. tetapi bulan -bulan kena bayar balik pada bank untuk jangka masa beberapa tahun.
  8. Dapat bantu dan ringankan beban suami, dan bagi yang suami isteri berkerja dapatkan kurangkan beban perbelanjaan kedua-duanya.. anak pun boleh tambah-tambah setiap tahun tidak risau perbelanjaan membesarkan anak-anak hasil side income banyak membantu.
  9. Bahagian ini yang sangat disukai. boleh beli apa saja yang di suka. contohnya hobi minta memancing boleh lah beli set casting, joran yang berjenama dan berkualiti tinggi bagi kepuasan semasa memancing. kalau isteri pula yang minat menanam bunga kertas dan bunga orkid bolehlah dapatkan lebih pasu bunga dan benih bunga yang lebih menarik.

JADI APA SIDE INCOME ANDA?   cari dan usahakan kerana banyak ruang dan peluang menjana pendapatan sampingan sekarang ini.. salah satunya boleh mula bisnes baju kurung langkap dengan panduan sekali.

ping busuk bertukar babab.net


babab.net
babab.net

Sejarah sepanjang membangunkan aggregator ini bermula pada tahun 2009 telah beberapa kali menaik taraf sistem iaitu daripada wcrayon.com, ping.busuk.org, busuk.org, pingbusuk.org dan kini babab.net boleh dikatakan  aggregator site ini adalah yang paling lama bertahan di malaysia.

babab.net
sejarah perjalanan aggregator site ini

Punca ping busuk bertukar kepada Babab.net 


Pertukarannya untuk perkhidmatan yang lebih baik serta memuaskan kepada user. Menurut admin aggregator site ini.
  • Sistem ping busuk sudah tidak relevan untuk digunakan oleh orang ramai.
  • Sistem baru aggregator babab.net ini menggunakan sistem back-end yang boleh dikatakan 100% baru dan lebih pantas.
  • Bagi tujuan menaik taraf sistem sedia ada. 
  • Kebanyak admin sudah semakin berumur dan banyak komitmen lain untuk diuruskan. 

Sebelum ini ping busuk pernah dikritik kerana mengambil kesempatan ke atas blogger  blogger dengan mengambil feed user dengan sewenang-wenang dengan niat untuk memenangi keyword SEO di enjin carian iaitu SERP.  pihak ping busuk menafikan hal tersebut kerana mereka hanya  fetch feed dari user yang menggunakan widget ataupun banner ping busuk. Masa berlalu, nampaknya ini adalah salah satu usaha penambahbaikan oleh Ping busuk sebelum ini.

kelebihan babab.net berbanding ping busuk 

Amsran.Com adalah user ping busuk sejak daripada mula-mula ping busuk dibangunkan lagi. Kelebihan jadi user ping busuk bukan sahaja boleh berkongsi maklumat semasa ia juga, memainkan peranan membantu blogger mendapatkan backlink kepada dan seteruskan meningkatkan trafik ketika itu. Namun, apabila babab.net dibangunkan perkongsian backlink dan terafik dikatakan meningkat kerana sistem yang lebih pantas dan baru...Sistem baru aggregator babab.net telah bermula pada 12 Mei 2015 (isnin) sebab saya berani kata ini, boleh dikatakan setiap hari akan melawat laman utama ping busuk untuk melihat dan seterusnya membaca perkongsian isu semasa yang hangat.. namun pada pada isnin tersebut.. ping busuk sudah tidak wujud yang ada hanya babab.net yang perkongsiannya pun lebih kurang dan lebih menarik untuk di baca.



perniagaan baju kurung

perniagaan baju kurung
perniagaan baju kurung

Baju kurung adalah pakaian tradisional sejak turun temurun. Saya pasti anda tahu apakah sebenarnya baju kurung. Saya tidak mahu bercerita panjang lebar mengenai maksudnya sahaja tetapi lebih kepada bagaimana anda boleh buat duit dengan bisnes baju kurung ni.Bila sebut bisnes, sudah tentulah ada proses jual beli yang berlaku.  

apa yang penting untuk  perniagaan ini ialah ilmu berniaga adalah faktor yang penting dalam sesebuah perniagaan. Oleh itu, seseorang  yang inggin memulakan pernigaan perlu mendapatkan ilmu berniaga sebagai panduan dan asas kerjayaan. keluarkan modal sedikit untuk membeli panduan Lubuk baju kurung.

Berdasarkan pemerhatian saya peniagaan baju kurung semakin meningkat permintanya terutama pada musim-musim perayaan. hal ini terbukit semua baru-baru ini wife menghantar kain untuk buat tempahan baju kurun,g kedai jahit ketika ini sudah tidak berani untuk menrima tempahan baju kurang kerana sudah sedia penuh seawal bulan januari lagi walaupun hari raya Adifitri dijangka pada bulan Julai nanti. Disini kita boleh nampak satu peluang kepada kita untuk berjaya dalam perniagaan. jadi kenapa kita tidak ambil peluang ini untuk berjaya dalam perniagaan.
 
Memulakan Perniagaan Baju Kurung bukanlah susah sangat jika kita tahu jalan dan tekniknya dengan mengikut panduan Lubuk baju kurung. dijamin pasti akan berjaya. jangan mudah untuk putus asa. kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tampa usaha.

Baju kurung Kanak-kanak

Hari Ibu

Sempena  hari ibu... Diucapkan Selamat Hari Ibu, kepada semua wanita yang bergelar ibu dan  isteri     "TANPAMU SIAPALAH KAMI INI, IBU KAULAH RATU HATI KAMI"  terima kasih tidak terhingga kerana  dari kecil hingga  besar kasih sayangmu tidak berbelah bahagi. 

Baju kurung Kanak-kanak   

Terima kasih juga..  Walau pun kain untuk dibuat baju kurung wife dan anak-anak tidak diterima oleh kedai jahit baju kurung kerana tempahan telah penuh (entry lepas berkaitan) dan tidak berani mengambil tempahan kerana takut-takut  tidak sempat siap sebelum takbir hari raya Aidilfitri pertama. Namun IBU iaitu nenek kepada Nur Alya Adriana  dan Nur Alisha telah awal-awal lagi telah menghantar tempahan  baju kurung kanak-kanak seawal Februari  yang lalu dan kini telah siap walaupun  hari raya Aidilfitri  dijangka pada  Julai nanti. Wah.. Menarik sungguh  design baju kurung Kanak-kanak  hasil tangan Arnie iaitu tukang jahit baju kurung yang berpengalaman menjahit lebih kurang 15 tahun.  Setiap tahun tempahan pada musim perayaan pasti penuh dan kadangkala tidak sempat disiapkan hanya seminggu selepas hari raya Aidilfitri  pertama baru berjaya disiapkan. Boleh dikatakan perniagaan  baju kurung menuntungkan. 
baju kurung kanak-kanak
baju kurung kanak-kanak
baju kurung kanak-kanak
baju kurung kanak-kanak

RANDOM POSTS